Kelas Asas Komputer dan Microsoft Word bersama Buceros Enterprise

11 September 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 10 September 2019, Selasa, Pusat Internet Kg Bandong dengan kerjasama Buceros Enterprise telah mengadakan Kelas Asas Komputer dan Microsoft Word yang bermula dari pukul 2:30 petang sehingga 5:00 petang. Seramai 9 orang kakitangan Buceros Enterprise yang menyertai kelas tersebut.

Para peserta didedahkan dengan asas komputer seperti pengenalan kepada papan kekunci dan asas menaip. Mereka juga didedahkan dengan cara membuat risalah dengan menggunakan Microsoft Word serta fungsi-fungsi yang terdapat di dalam Microsoft Word.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali